Tips Menentukan Keutamaan

Sejak 2014 saya menceburi bidang takaful sebagai ejen, setiap hari saya berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat dan berinteraksi dengan mereka samada secara spontan atau ketika buka booth, temujanji, direct approach dan sebagainya. Saya mendapati mereka tidak memahami keutamaan ketika memilih plan untuk diri dan keluarga.

Lagi menyedihkan  mereka juga tidak memahami fungsi atau perbezaan antara plan. Apabila ditanya sudah ada takaful? jawapan ringkas ‘ada sudah’. Lagi masalah paling besar, masyarakat tidak dapat bezakan antara insuran dan takaful. Hal ini perlu diambil kira kerana melibatkan halal dan haram bagi umat Islam. Di sini saya tidak membincangkan isu tersebut dan cukup saya ringkaskan insuran itu haram.  

Dalam artikel kali ini saya hanya akan fokus pada tajuk utama.

Berikut tips menentukan keutamaan :

  1. Kenalpasti siapakah anda? Adakah anda seorang anak atau ayah atau ibu.
  2.  Sila jawab soalan di info grafik di atas. Jika jawapan anda Ya maka, itu adaalah keutamaan anda. Sebaliknya jika Tidak maka, itu bukan keutamaan.

Secara ringkasnya keutamaan sebuah keluarga

ANAK-ANAK
Keperluan utama mereka adalah kad perubatan dan simpanan pendidikan. Untuk anak-anak, keutamaan antara kad perubatan dan simpanan ialah pada Kad Perubatan.

Alasan :
Kos perubatan adalah sangat mahal dengan inflasi 12% setahun. Sekiranya anak-anak sakit, akan menyebabkan simpanan dan gaji anda terpaksa disalurkan kepada kos perubatan manakala hal yang lebih penting iaitu keperluan dapur, sewa, loan dan bil-bil terpaksa dihentikan dan tertunggak. 

Rasional :
Kad Perubatan menanggung kos perubatan dengan dana perubatan tanpa had.

ISTERI
Keperluan utama seorang isteri (suri rumah) adalah  Kad Perubatan. Isteri (bekerjaya) adalah Kad Perubatan dan Hibah. Untuk isteri, keutamaan antara kad perubatan dan hibah ialah pada Kad Perubatan.

Alasan : 
Sama seperti masalah anak-anak.

SUAMI
Keperluan utama seorang suami adalah Hibah dan Kad Perubatan. Untuk suami, keutamaan antara kad perubatan dan hibah ialah pada Hibah.

Alasan :
Andainya esok anda tiada, komitment yang tinggal akan membebankan keluarga yang anda amat sayangi. Demikian juga halnya jika anda ditimpa sakit, gaji dan simpanan anda terpaksa disalurkan kepada kos perubatan yang sangat mahal. Pernah terjadi individu yang ditimpa sakit terpaksa menjual segala aset yang ada untuk menanggung kos rawatan.

Rasional :
Andai anda ditimpa sakit, Kad Perubatan tanpa had akan menanggung kos perubatan anda dan gaji serta simpanan anda tidak terusik dan pengurusan kewangan anda mantap.

Andai esok anda tiada, dengan Hibah Takaful anda boleh mneyalurkan gaji anda kepada keluarga untuk tempoh 5 atau 10 tahun (cadangan penasihat kewangan) dengan ini komitmen yang ditinggalkan tidak akan membebankan keluarga anda.

Mengapakah Hibah Takaful lebih utama berbanding Kad Perubatan bagi seorang suami atau ketua keluarga?

Hal ini terjadi kepada pelanggan saya sendiri. Arwah mengutamakan Kad Perubatan. Dana Perubatan adalah 600K. Satu masa arwah disahkan jangkitan kuman di otak. Bertahan dalam wad selama 3 bulan dengan kos rawatan 30K(hospital kerajaan) dan akhirnya meninggal dunia setelah itu.

Kajian kes arwah :

Plan : Kad Perubatan
Sumbngan : RM200/bulan
Dana : 600K (seumur hidup)
            60K (setahun)
Hibah : 20K (dalam kad perubatan)
Khairat : 2K
Elaun Wad : RM100 sehari

Kesan kepada keluarga :

Mereka kehabisan simpanan dan isteri terpaksa berhenti kerja kerana nak jaga suami. Akibatnya mereka terpaksa berhutang, mengharapkan bantuan orang ramai, anak-anak terpaksa berhenti sekolah sementara. 

Apakah manfaat kad perubatan kepada keluarga arwah?

  1. Kos rawatan alhamdulillah free 
  2. Hibah (perlindungan+khairat+elaun wad) keluarga menerima wang segera dari Prubsn Takaful sebanyak 50K.

50K hibah telah membantu keluarga yang tinggal untuk melangsaikan hutang, anak-anak kembali sekolah dan memulakan hidup baru. Manakala selebihnya lagi mereka gunakan untuk pengurusan jenazah dan kenduri arwah. Alhamdulillah.

Kemana perginya 600K dana perubatan?

Kos rawatan 30K langsai manakala baki dana 600K hangus macamtu sahaja. INILAH SEBABNYA KENAPA HIBAH LEBIH UTAMA.