TIPS KESIHATAN HOLISTIK
Disaat wabak sedang merebak, saya terpanggil untuk kongsikan tips kesihatan holistik yang sebelum ini saya telah amalkan sendiri bersama keluarga.
Tips ini adalah satu ilmu yang saya perolehi ketika saya mengikuti kursus bekam al hijamah pada tahun 2009 yang dianjurkan oleh satu syarikat MLM (Multi Level Marketing) iaitu Herba Penawar Al Wahidah (HPA) atau lebih terkenal dengan nama produknya Radix dan minyak but-but.
Sejak pengamalan saya, alhamdulillah kesihatan saya dan keluarga bertambah baik dari yang sebelumnya. Semoga tips ini akan bermanfaat untuk semua.
4 Tips Kesihatan Holistik
TIPS PERTAMA
Pastikan apa yang anda makan boleh dicerna dan dihadam dengan sempurnah. Hal ini anda dapat pastikan melalui kekerapan pembuangan air besar. Kekerapan yang sihat adalah 2-3 kali sehari. Kekerapan minimum adalah sekali dalam sehari. Kebiasaannya diawal pagi. Apabila ini tidak berlaku maka, kesihatan anda telah mula merosot. Bayangkan makanan yang kita buang di tong sampah. Bagaimana keadaannya pada esok hari atau lusa. Begitulah keadaan dalam perut kita seandainya makanan yang kita makan tidak dihadam dengan baik. Baginda Nabi SAW bersabda: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan” (Riwayat Ad-Dailami).
Langkah pencegahan,
Bersihkan usus anda dengan kaedah cuci usus menggunakan buah-buahan seperti pisang, betik dan juga menggunakan ubat pencuci usus dari farmasi atau hospital atau menggunakan produk biofiber yang ada di pasaran. Pastikan juga menu makanan anda terdapat buah dan sayur.
TIPS KEDUA
Pastikan air dalam badan anda cukup. 70% dalam badan kita adalah air tidak termasuk air berwarna seperti kopi, teh dan sebagainya.
Kaedah untuk memastikan air cukup dalam badan kita boleh dilihat melalui mata, bibir, air kencing dan melalui apa yang kita rasa pada tubuh kita seperti terasa panas dalam dan rasa tidak selesa. Apabila air kurang dalam badan, mata akan menjadi merah, bibir kering, air kencing berwarna kuning dan badan terasa panas terutama dibahagian dada dan kerongkong terasa kering. Apabila anda haus, ia juga menunjukkan air telah berkurangan dalam badan.
Jika anda terasa dahaga, jangan minum selain air putih kerana masa itu badan kita amat memerlukan air. Untuk itu, minumlahh air secukupnya secara berperingkat sehingga tanda-tanda tersebut di atas beransur hilang. Kaedah mudah minum air, minumlah segelas air sebelum dan selepas solat 5 waktu.
Anda juga perlu ada pengetahuan sedikit berkenaan air. Air yang dimaksudkan di sini adalah air bersih yang telah ditapis. Ianya bebas klorin, tanah, karat dan kuman atau virus. Jangan sesekali meminum air paip secara langsung atau memasaknya. Air paip mengandungi klorin. Apabila anda cuba memasaknya, klorin tersebut akan bertukar menjadi kloroform dan apabila anda minum, ia akan bertindakbalas dengan mengaktifkan sel-sel kanser di dalam tubuh anda. Sekurang-kurangnya anda perlu ada penapis air yang boleh menghilangkan klorin, tanah dan karat agar anda selamat apabila memasaknya.
TIPS KETIGA
Pastikan anda melakukan kombinasi antara perawatan dan pemakanan ubat. Tujuan utama pengambilan ubat adalah menghilangkan racun atau toksin dalam badan disamping untuk menambah vitamin. Tiada salahnya anda hanya memakan ubat sahaja dalam mengubati sakit yang ada. Tetapi ia akan lebih cepat dan berkesan apabila anda melakukan perawatan dalam masa yang sama. Inilah dipanggil perubatan holistik(menyeluruh). Bagi pandangan dan saranan saya, anda perlu amalkan rawatan bekam al hijamah sebulan sekali dan refleksologi seminggu atau sebulan sekali.
TIPS KEEMPAT
Elakkan daripada kerap memakan maggi dan meminum Nescafé. Apabila anda memakan maggi, ia akan duduk dalam perut anda selama seminggu. Saya tidak berapa pasti apa sebabnya. Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. Bayangkan jika anda makan lebih dari sehari. Ianya akan merosakkan usus anda. Apabila anda meminum Nescafé, ianya akan bertindakbalas dengan kandungan kafein yang tinggi dengan membunuh vitamin dalam badan. Bagi pengamal Nescafé mungkin dia akan merasakan dada seperti dihiris, kerap sakit kepala dan sebagainya.
Pada dasarnya, apa sahaja yang kita ambil secara berlebihan atau kerap ianya tidak baik untuk kesihatan. Walaupun pada asalnya ia ubat, apabila diambil secara berlebihan ia akan menjadi racun. Buatlah apapun dengan ilmu dan bersangkah baik dan bersikap positif. Tubuh kita adalah amanah Allah. Maka, jagalah ia sebaiknya seperti asalnya. Jika tidak, kita telah menzalimi diri sendiri.
“Anda adalah apa yang anda makan”
Satu penyakit bukan sekelip mata berlaku. Ianya melalui satu proses. Umpamanya kita menanam kacang dari benih kacang iaitu biji kacang. Setelah itu ia berakar, bertunas, beranting dan berbunga. Demikian terjadinya satu penyakit. Kecuali wabak berjangkit seperti COVID-19 boleh terjadi dalam beberapa saat. Juga terjadi dengan pelanggan takaful saya jangkitan kuman di otak. Menyebabkan beliau koma dalam sekelip mata.
Demikian tips yang saya kongsikan. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu kepada sesiapa yang akan membaca artikel ini. Wallahua’alam.