Balu 5 orang anak, terima TUNAI HIBAH TAKAFUL RM798,347.16
BISMILLAH…
Menggigil sebenarnya untuk saya mulakan posting ini.
Allahu akbar!
Syukur alhamdulillah suatu penantian yang terbaik, Allah mudahkan semuanya walaupun urusannya ambil masa sedikit.
Berkat hari jumaat yang lalu, tuntutan hibah takaful arwah pelanggan merangkap suami kepada sahabat baik saya telah lulus dan jumlah hibah yang ditinggalkan arwah buat isteri dan 5 orang anak perempuan sebanyak RM798,347.16 terus masuk ke akaun si isteri tercinta.
pada 24 Januari 2021 saya terima sms daripada sahabat saya dimana arwah tiba-tiba jatuh selepas bangun daripada kerusi dan separuh badannya strok. Terus dibawah ke kecemasan Columbia Asia Hospital. Doktor sahkan ada pendarahan dalam otak dan perlu transfer ke HSA dengan segera.
Pada 25 Januari 2021 sahabat saya dapat pnggilan daripada hospital bincang berkenaan keadaan arwah pada masa itu sedang nazak dan tak lama selepas itu Dr sahkan arwah sudah tiada. Syukur juga sebab urusan arwah masa itu sangat mudah.
Arwah memang seorang yang sangat celik takaful, suami dan ayah yang sentiasa mahu yang terbaik untuk kehidupan mereka sekeluarga samada semasa hayatnya juga ketika ketiadaannya kelak. Arwah memiliki 3 polisi Takaful untuk dirinya dan lengkap satu polisi untuk setiap anaknya dan 2 polisi isteri(hibah kasih sayang dan kad perubatan). Tindakan arwah cukup membuktikan beliau sangat ambil berat soal perlindungan dan masa depan keluarga tersayang.
Sesungguhnya Hibah Takaful itu benar. Kesusahan isteri selepas ketiadaan suami itu juga BENAR!
BENAR, Hibah Takaful tidak dapat menggantikan mereka yang telah pergi. Namun, ia memberi sejuta sinar kehidupan baru buat mereka yang kita sayangi.
Tambahan pula, sahabat saya ni merupakan seorang suri rumah sepenuhnya.
Hari ini apabila replika cek ini sampai ditangan beliau, perasaan saya bercampur-baur antara sedih dan gembira asbab Allah pilih saya dan suami untuk bantu permudahkan urusan daripada mula hingga akhir demi kemudahan isteri dan anak-anak arwah yang masih kecil. Rasa macam pandang diri sendiri seorang ibu.
Alhamdulillah selesai sudah amanah akhir ini dan saya percaya Hibah Takaful ini sangat membantu sahabat saya untuk meneruskan kehidupannya bersama 5 orang puterinya.
Buat kalian yang masih belum jelas tentang Hibah Takaful atau masih tercari-cari jawapan untuk setiap persoalan, boleh cari ejen Takaful yaang kalian selesa berhubung atau terus PM saya, Insya Allah saya sedia membantu semampunya.
Mulakan tindakan seawal yang boleh, kerana “kitalah apa yang kita sedang fikirkan”
alfatihah buat arwah Abdul Ghafar Bin Abdullah
Kredit kepada : Nadzirah Hj. Samingin