TESTIMONI Terbuka Hati Ambil Hibah

Assalamu’alaikum wbt.

Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam. Selawat dan salam ke atas baginda junjungan mulia Muhammad s.a.w. 

Alhamdulillah, ini adalah sebuah testimoni yang sangat luar biasa daripada seorang hamba Allah yang sebelum ini tidak hiraukan Hibah Takaful akhirnya beliau mencari sendiri. 

Beliau merupakan rakan kelas mengaji al-quran. Selalu approach pasal hibah dan pernah berikan beliau biz kad tetapi beliau hanya membalas dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Demikianlah tindak balas beliau apabila saya cuba approach.

Mulanya saya minta beliau untuk buat video pendek sebagai testimoni dan untuk panduan orang ramai. Namun, beliau memberi alasan segan jika buat video dan bersetuju untuk testimoni secara cerita pendek. 

Berikut ini olahan beliau sendiri :

Hibah Takaful

Bagaimana terjebak, bermula dengan perasaan ingin tahu. Mungkin Allah permudahkan segalanya. Terbuka hati apabila terbaca berkenaan hukum fara’id dalam surah Annisa’ ayat 11.

Firman Allah di atas jelas menerangkan hukum pembahagian harta pusaka apabila kita meninggal kelak. Tapi terdetik dalam hati… “eh tidak disebut bahagian isteri”.

Kemudian saya membaca lagi ayat 12 dalam surah yang sama. Dalam ayat ini jelas menerangkan tentang hak isteri iaitu cuma 1/8 daripada harta yang kita tinggalkan jika kita mempunyai anak.

Justeru, saya memeriksa semula penama KWSP lalu mencari maklumat berkenaan pengeluaran KWSP. Tersentap rupa-rupanya walau kita telah letak bahagian isteri 80% dan dua orang anak masing-masing 10% jangan fikir duit itu akan menjadi milik mereka jika esok kita tiba-tiba sudah tiada.

Simpanan KWSP yang kita kumpul selama berpuluh tahun itu rupanya akan tertakluk kepada hukum fara’id. Rujuk ayat 11 dan 12 dalam surah Annisa’. Wang tersebut perlu difara’idkan kepada keluarga suami selepas tolak semua hutang-hutang yang tertunggak.

Baru saya sedar hari ini rupa-rupanya penama KWSP itu bukanlah pewaris tetapi hanya sekadar sebagai pentadbir dalam urusan pengeluaran.

Tersentap sekali lagi apabila saya mengetahui pengeluaran KWSP memakan masa berbulan-bulan jika tidak diurus dengan sebaiknya dan banyak yang bermain di fikiran saya, bagaimana memastikan agar kehidupan isteri dan anak-anak dalam keadaan baik untuk tempoh masa yang lama selepas ketiadaan saya. Sudah tentu memerlukan cash in hand untuk memudahkan segala urusan jika terdapat sebarang kecemasan.

Alhamdulillah pada ketika itu, saya teringat seorang rakan yang pernah memperkenalkan saya tentang Hibah Takaful yang mana ini satu-satunya jalan keluar  dan ikhtiar sebagai persediaan yang penting untuk isteri saya yang telah banyak berkorban demi melengkapi kehidupan berkeluarga kami. Tambahan pula kami masih ada 2 orang anak kecil.

Hibah Takaful merupakan persediaan awal yang lebih baik untuk meninggalkan dunia ini berbanding asyik berangan untuk memiliki segalanya di dunia seolah-olah  kita akan hidup seratus tahun lagi.

Demikian olahan beliau tanpa saya tambah kecuali hanya tambahan pada ejaan sahaja agar lebih tersusun dan mudah difahami. 

Lihat dalam versi video :