
BIJAK MENABUNG
Artikel kali ini membincangkan dan mengkongsikan kepada anda apakah kaedah tabungan atau simpanan yang bijak.
Mungkin anda adalah penabung lama, penabung baru atau baru hendak merancang untuk menabung. Semuanya sesuai untuk membaca artikel ini kerana tiada istilah sudah terlambat dan semuanya berkaitan tentang menyimpan atau menabung.
Saya ucapkan tahniah kepada anda yang telah berjaya menabung kerana sesungguhnya ia amat memerlukan disiplin yang ketat dan tegas. Simpanan atau tabungan sebenar adalah dikeluarkan mengikut matlamat tabungan. Contoh mudah adalah KWSP untuk simpanan hari tua. Maka, ia hanya akan dikeluarkan pada hari tua dan tidak boleh sama sekali dikeluarkan sesuka hati pada bila-bila masa.
Justeru, apakah matlamat anda untuk menabung atau menyimpan? Koreksi diri masing-masing dan ambil tindakan dari sekarang.
Terdapat dua kategori orang menyimpan :
- Apabila dapat gaji atau pendapatan, terus mengasingkan bahagian yang perlu untuk disimpan.
- Apabila dapat gaji atau pendapatan, menyimpan setelah berbelanja.
Antara keduanya, kategori 1 adalah yang terbaik. Ia sedikit menyamai sistem simpanan KSWP. Tahniah sekali lagi kepada anda yang tergolong dalam kategori pertama dan bagi anda yang dalam kategori kedua boleh berubah dari sekarang.
Apakah kaedah simpanan dan di mana anda perlu menyimpan mungkin ramai yang sudah tahu. Hari ini umpama dalam masakan, saya hanya menambah rencah agar lebih teratur dan komprehensif.
Satu tabungan yang bijak adalah dengan menggunakan satu konsep yang dikenali sebagai DIVERSIFIKASI seperti berikut.
Penasihat kewangan memberitahu, jika anda mempunyai banyak telur, jangan letakkan semuanya dalam satu bakul. Hal ini demikian kerana seandainya bakul itu jatuh, semua telur akan pecah. Oleh itu, anda perlu letak dalam beberapa bakul seperti dalam gambar rajah di sebelah yang digambarkan dalam bentuk wang atau duit.

Berbalik kepada matlamat simpanan. Mungkin anda sudah ada matlamat masing-masing. Seperti yang saya katakan, saya hanya menambah rencah agar simpanan anda lebih teratur dan komprehensif berdasarkan konsep DIVERSIFIKASI seperti di atas.
Saya pasti anda sudah mempunyai satu atau lebih bakul. Tetapi saya yakin bakul yang saya nak kongsikan ini sudah pasti tidak sama dengan bakul sedia ada. Jika ia sama anda boleh abaikan dan saya mengharapkan anda mengkongsikanya kepada keluarga khususnya dan pada semua orang amnya.
Beza antara simpanan biasa dan simpanan BIJAK!
Simpanan Biasa
Simpanan sebulan : RM200
Matlamat simpanan :
Kelangsungan hidup keluarga selepas meninggal/cacat kekal
Kes :
10 tahun kemudian,suatu yang tidak diduga telah berlaku iaitu kemalangan dan lumpuh seluruh badan(cacat kekal) menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Hasil simpanan BIASA :
200 x 12 = 2,400 setahun
2,400 x 10 = 24,000 10 tahun
Jika perbelanjaan keperluan 2,000 sebulan
2,000 x 12 = 24,000 setahun
ini bermakna kelangsungan hidup yang pasti hanyalah untuk setahun sahaja.
tuan-tuan boleh bayangkan kehidupan begini dalam masa yang sama kita masih hidup dan memerlukan rawatan. Manakala pendapatan telah terhenti dalam masa yang sama juga perbelanjaan kita meningkat.
Hanya ada dua situasi samada mereka terbela, dibantu dan diberi perhatian atau sebaliknya!
Semuanya tidak pasti. Oleh itu, berilah kepastian kepada keluarga kita dan rancanglah lebih awal kerana malang tidak berbau.
Simpanan BIJAK
Simpanan sebulan : RM200
Matlamat simpanan :
Kelangsungan hidup keluarga selepas meninggal/cacat kekal
Kes :
1 bulan kemudian,suatu yang tidak diduga telah berlaku iaitu kemalangan dan lumpuh seluruh badan(cacat kekal) menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Hasil simpanan BIJAK :
200 x 1 = 200
Manfaat simpanan BIJAK
- kematian/cacat kekal = 350K
- kematian akibat kemalangan = 700K – 1.4 Mill
Jika perbelanjaan keperluan 2,000 sebulan
2,000 x 12 = 24,000 setahun
ini bermakna kelangsungan hidup yang pasti adalah untuk 14 tahun dan ke atas.
Melalui kajian, keluarga yang ditinggalkan dengan dana 350K, mereka tidak akan terbeban dan boleh memulakan hidup baru serta merancang ke hadapan.
Simpanan BIJAK ini selalu DIPERTIKAI sebab itu ada yang tidak berminat dengan simpanan ini. Mejoriti mereka menimbulkan isu, jika tak berlaku musibah bagaimana? Adakah simpanan 200 sebulan boleh dapat balik?
Apabila isu ini ditimbulkan, menyebabkan ramai orang lupa mati itu bila-bila masa dan kesan keluarga yang tinggal. Musibah itu tidak dijangka dan sebagainya.
Untuk menjawab ini, anda perlu faham apa itu takaful dan konsep diversifikasi.
Takaful itu saling membantu. Ahli takaful dipanggil penyumbang. Hasil sumbangan dikumpul dalam satu tabung dan akan digunakan untuk membantu ahli yang menghadapi musibah berdasarkan manfaat pelan takaful yang di ambil.
Sumbangan sewajarnya kita tidak ambil balik sebab kita beri untuk membantu dan dalam masa yang sama kita juga dibantu. Inilah keunikan takaful.
Cuba anda bayangkan jika berfikir ambil balik dan Syarikat Takaful berfikir benda yang sama. Kita beri hanya 200 sebulan sedangkan Syarikat Takaful beri kita 350K. Adakah kita sanggup nak bayar balik? Sudah pasti tidak!
Sehubungan itu, kita dan Syarikat Takaful sebenarnya saling bertukar kepercayaan dan masuk dalam sistem Takaful iaitu saling membantu dengan niat derma. Kita sebenarnya beramal jariah. Memang tempat lain juga kita boleh beramal jariah. Tapi inilah keunikan Takaful sambil beramal sambil kita juga turut dibantu.
Sila fahami betul-betul konsep DIVERSIFIKASI. Simpanan atau tabungan BIJAK adalah bakul berbeza dengan bakul yang kita sudah ada. Bakul ini khas untuk kelangsungan hidup keluarga apabila berlaku musibah dan bukan untuk selain itu. Itulah pentingnya matlamat menyimpan dan inilah definisi simpanan sebenar.
Hebatnya lagi Simpanan Bijak ini, ia mempunyai ciri berikut:
- Tidak dibeku apabila bertukar status menjadi harta pusaka disebabkan kematian kepada pemilik akaun.
- Menolak cukai pendapatan dan tidak dikenakan cukai ketika pengeluaran.
- Terkeluar dari fara’id kerana simpanan ini menggunakan kaedah penamaan Hibah Bersyarat.
- Tidak perlu khidmat peguam atau mana-mana pihak yang melibatkan kos.
- Tempoh pengeluaran atau pencairan hanya 14 hari bekerja selepas borang tuntutan dilengkapkan.
- Di dunia anda dibantu di akhirat juga anda beroleh pahala amal jariah yang tidak akan putus selagi mana Tabung Takaful yang ada dimanfaatkan kepada ahli-ahlinya