
Selamat datang ke tahun 2025. Moga tahun ini akan lebih baik lagi. Insya Allah. Aamiin.
Peristiwa yang berlaku di tahun 2024 hanyalah tinggal kenangan dan mengalir air mata darah sekalipun tidak mungkin mampu diundur waktunya. Sebab itulah masa itu diibaratkan mata pedang yang tajam atau seperti air yang terus mengalir atau seperti usia yang tetap bertambah. Ia juga berkaitan dengan peluang. Oleh itu, rebutlah peluang yang ada kerana mungkin ia tidak akan datang untuk kedua kalinya.
Sebagai hambaNya kita wajib bersyukur walau apapun yang terjadi kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Boleh saja apa yang kita suka sebenarnya tidak baik untuk kita dan sebaliknya yang kita tidak suka itu adalah yang terbaik untuk kita.
Perkara yang paling penting kita syukuri ialah nyawa yang masih dipinjamkan Allah walaupun mungkin kita tidak sujud padaNya atau sering melanggar laranganNya. Namun, alhamdulillah inilah peluang keemasan yang Allah beri kepada kita agar boleh berubah menjadi lebih baik di tahun ini. Aamiin.
Bagi saya sebagai Perunding Shariah Asset Solution(SAS) dan juga sebagai pendakwah melalui lagu. Saya amat bersyukur kerana Allah memberikan saya nikmat 2024 yang bagi saya nikmat ini sangat besar :
1. Sebagai Perunding SAS
- Menerima BONUS pertama setelah selama 10 tahun menjadi perunding SAS. Tahun-tahun sebelumnya ada juga tetapi tidak sebanyak tahun ini. Alhamdulillah.
- Menerima Ipad baharu percuma kerana prestasi pencapaian.
- Di anugerahkan pingat “Fantastic Achiever Quarterly”.
2. Sebagai Pendakwah melalui lagu
- Single baharu berjudul “Satu Peringatan” lulus siaran IKIM.FM setelah lagu Pesanan Muslih dan Kita Bersaudara.
- Single sebelumnya berjudul “Bertemu Berpisah” masuk carta 114 TV Al-HIJRAH dan beberapa kali di tangga ke 2, 3, 4 dan 7 daripada 10 senarai.
- Menerima jemputan istimewa daripada YB Datuk Seri Panglima Christina Liew Chin Jin, Menteri Pelancongan Sabah dan ADUN API-API Persembahan Nasyid dengan iringan muzik live oleh Boy Gambus.
- Menerima projek album kanak-kanak untuk pendidikan bersama Ustaz Fadzil Saleh di bawah syarikat beliau iaitu PDI Publications Sdn Bhd sebanyak 5 lagu setelah bersama Inteam Kids pada 2023 sebanyak 10 lagu. Inteam Kids kini boleh dicapai melalui channel YT.
- Menerima Dana Pemasaran & Promosi Antarabangsa kerajaan Malaysia diwakili Kementerian Komunikasi untuk Tour Islami SM Team dan Buluh Perindu ke Indonesia selama 11 hari.
Awal tahun 21 Jan 2025, saya sebagai Pendakwah melalui lagu telah menerima satu jemputan majlis kahwin sebagai MC, Pembaca Do’a dan Penghibur sepanjang majlis. Majlis ini telah dihadiri oleh Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah dan YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Kewangan Sabah.
Kini, saya dalam rangkah menghasilkan single baharu berjudul “Engkaulah Segalanya dan akan melaksanakan lagi satu jemputan majlis kahwin sebagai Penghibur dan P.A Sistem pada 8 Feb 2025.
Harapan saya, apapun yang kita lakukan biarlah perkara itu adalah perkara yang Allah suka walaupun mungkin manusia tidak suka dan ianya bermanfaat untuk manusia bukan sis-sia serta bernilai ibadah. Insya Allah.