SIMPANAN KOMPREHENSIF
Simpanan adalah tabungan dalam bentuk wang dengan tujuan atau matlamat tertentu. Simpanan yang dinamakan simpanan adalah dikeluarkan ketika mencapai matlamatnya.
Contoh mudah adalah seperti KWSP. Inilah simpanan yang terbaik setakat ini kerana memaksa kita untuk menjadi penyimpan yang berdisiplin. Ia juga mempunyai matlamat yang jelas iaitu simpanan hari tua.
Justeru, simpanan yang sebenar adalah simpanan yang tidak boleh dikeluarkan sewenangnya dan mestilah mempunyai matlamat yang jelas.
Tahniah kepada kakitangan kerajaan dan swasta kerana menjadikan staf anda sebagai penyimpan yang berdisiplin.
Bagi anda yang bekerja sendiri juga boleh memohon simpanan ini atas inisiatif anda sendiri.
Kenalpasti matlamat simpanan anda sekarang dan mulakan simpanan anda.
Kesinambungan daripada artikel BERIKAN KEPASTIAN, Hari ini saya perkenalkan kepada anda SIMPANAN KOMPREHENSIF yang merupakan salah satu yang pasti selepas kematian.
Apakah itu simpanan komprehensif?
Simpanan komprehensif adalah simpanan yang sangat membantu saat kita perlu dan mencapai kepada matlamat simpanan. Simpanan komprehensif menjamin kehidupan dan kelangsungan selepas kematian. Ia adalah satu simpanan yang pasti. Dengan adanya simpanan ini kita telah MEMBERIKAN KEPASTIAN kepada keluarga tercinta.
Apa yang paling penting adalah, tiada isu TIDAK CUKUP. Simpanan komprehensif PASTI CUKUP.
Simpanan komprehensif adalah terdiri daripada plan-plan takaful seperti berikut :-
1. Hibah Takaful Berganda – Kelangsungan hidup
2. Kad Perubatan Tanpa Had – Kos Perubatan
3. Simpanan Pelaburan – Menggandakan simpanan sedia ada
Justeru, adakah KWSP termasuk sebagai simpanan komprehensif? Jawapannya Ya setelah dibaik pulih.
Bagaimana membaik pulih KWSP agar menjadi simpanan komprehensif? Caranya adalah dengan mengamalkan konsep DIVERSIFIKASI.
Diversifikasi adalah mempelbagaikan simpanan atau lebih tepat mewujudkan backup yang kebal iaitu kebal dalam erti kata selamat dan pasti.
Contoh:
KWSP + HIBAH Takaful atau Kad Perubatan atau Simpanan Pelaburan atau Semua sekali.
Takaful adalah satu-satunya tempat yang kebal scammer dan pembekuan. Tahukah anda harta beku terkini adalah 70 BILLION setakat 2020. Tahukah anda apa itu harta beku dan bagaimana ia boleh berlaku?
Harta beku adalah harta PUSAKA yang gagal dicairkan atau dikeluarkan atau dituntut oleh pihak waris kerana :-
1. Dokumen tidak lengkap
2. Tiada modal untuk pengurusan pengeluaran
3. Pihak waris tidak sepakat dan berlaku tuntutan dari pihak waris yang lain.
4. Proses yang panjang menyebabkan harta menjadi beku.
Salah satu sebab KWSP tidak komprehensif adalah melibatkan hal pembekuan. Kenapa macam tu? Sebab penama dalam kwsp adalah BUKAN PEMILIK dan hanyalah sebagai PENTADBIR atau pengurus bagi pihak waris untuk mengeluarkan dan pembahagian kepada waris yang lain.
Justeru, untuk menjadikannya komprehensif, anda perlu kepada Hibah Takaful, Kad Perubatan dan Simpanan Pelaburan sebagai BACKUP. Untuk memulakan simpanan komprehensif dan untuk mengetahui keutamaan anda klik di sini.
Adakah anda PENYIMPAN TEGAR?
Yakin dan percaya, apapun tujuan simpanan anda tetap akan terikat dengan kematian, perubatan dan lumpuh kekal. Sebutlah apa alasan anda ia tetap akan menjurus kepada tiga hal tersebut.
Lihat pendapatan dan komitmen anda ?
Jika berlaku kematian atau lumpuh kekal adakah simpanan anda mampu menampung komitmen anda selama 5-10 tahun?
Jika berlaku sakit kritikal dan memerlukan kos rawatan yang tinggi adakah simpanan anda cukup untuk itu?
Apabila berlaku kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal pendapatan anda akan sifar.
Siapa yang anda harapkan pada masa itu? Adakah simpanan anda boleh bertahan 5-10 tahun?
Melibatkan lumpuh kekal dan sakit kritikal boleh kita kata ‘jangan minta-minta’. Tapi bagaimana jika ia berlaku? Situasi pendapatan hilang, kos rawatan mahal dan keperluan tetap diteruskan. Apakah situasi ini aman?
Apatah lagi melibatkan kematian. Kita tidak boleh kata ‘jangan minta-minta’ sebab kematian tanpa syarat. Ia datang tanpa dipinta jika waktunya telah tiba.
Firman Allah SWT :
Al-A’raf : 34
Maksudnya : ” dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun”
Maka, rancanglah lebih awal dengan simpanan komprehensif.
Jika anda penyimpan tegar tetapi tidak menjadikan simpanan anda sebagai simpanan komprehensif anda telah membuang diri anda ke tahap ilusi sebuah kerusi yang tidak ada sandaran. Anda melihat ada sandaran rupanya hanya ilusi. Apabila anda menyandar terus terjatuh tanpa penghadang apapun di sekitarnya. Penasihat kewangan menyebutkan hibah takaful adalah satu tindakan yang mesti ada agar anda tetap berpijak di bumi nyata.
Oleh yang demikian, bagaimana menjadikan agar simpanan anda adalah simpanan komprehensif?
Konsep DIVERSIFIKASI menyatakan :
Jangan letak semua telur dalam satu bakul. Kerana, apabila bakul itu jatuh maka semua telur akan pecah. Oleh itu, anda mesti wujudkan satu bakul lagi. Jika satu bakul jatuh maka ada satu lagi bakul yang terselamat.
Kepada penyimpan tegar!
Untuk menjadikan simpanan anda komprehensif, anda tidak perlu menambah komitmen simpanan anda. Jika anda menyimpan sebulan RM1,000 setiap bulan, anda hanya perlu bahagikan RM500 kekal dalam simpanan asal dan RM500 lagi simpan di takaful (Hibah Takaful, Kad Perubatan dan Simpanan Pelaburan). Oleh itu simpanan anda kekal RM1,000 sebulan.
Bertindaklah sekarang!