Rugi ada Takaful
Tembusan pasaran Takaful di Malaysia dianggarkan adalah 40% berbanding negara lain. Ini adalah berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM).
Faktor daripada hal ini adalah kerana kesedaran yang terlalu rendah terutama di sabah yang mana tembusan pasaran diaggarkan hanyalah 3%.
Namun, kita rasa bangga kerana perkembangan Takaful adalah amat baik berbanding Insuran setakat ini. Alhamdulillah.
Dapatkan sumber sahih statistik penembusan pasaran takaful di malaysia :
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/11/757860/kadar-penembusan-insurans-takaful-masih-rendah
Berdasarkan statistik di atas, ia merupakan berita sedih dan menyedihkan khususnya untuk umat Islam. Sedangkan sistem bantu-membantu yang ada dalam sistem takaful telah wujud di zaman Rasulullah s.a.w lagi.
Hari ini saya akan berkongsi berkenaan info grafik di atas.
Info grafik ini adalah konsep referral yang digunakan oleh semua ejen Takaful. Ia bertujuan untuk memudahkan perkongsian Takaful dengan sangat efisien kerana disitu terdapat kepercayaan(trust) kerana saling kenal-mengenali antara orang yang direfer dan yang merefer.
Terlalu ramai orang takut bagi refferal dengan alasan takut kena marah atau juga disebabkan dia tidak yakin dengan ejen tersebut. Tetapi dalam masa yang sama ramai juga yang memberi. Alhamdulillah.
Info grafik berikut menunjukkan kesan apabila anda tidak memberi referral kepada ejen anda dan kesan apabila anda memberi referral. Terutamanya orang itu adalah keluarga anda sendiri.
Pengajaran dari artikel ini :
Apabila Ejen anda meminta referral berilah sebanyaknya terutama keluarga anda kerana apabila mereka susah anda juga akan turut susah.
Berdasarkan satu perumpamaan,
”jika kita hendak membantu seseorang, jangan kita bagi ikan. Tetapi bagilah pancing untuk dia mendapatkan ikan sendiri”