Prubsn Anggun menawarkan perlindungan lengkap dan menyeluruh untuk penyakit khusus wanita seperti kanser wanita, Lupus Eristematosus Sistemik (SLE) dengan komplikasi buah pinggang yang teruk dan karsinoma-in-situ wanita, rawatan wanita, kesihatan mental dan juga perlindungan untuk kematian daan hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD). Selain itu, Prubsn Anggun akan menawarkan manfaat peringkat hidup untuk kehidupan yang penting.
Perlindungan Menyeluruh Penyakit Wanita
Menawarkan perlindungan kanser wanita, Lupus Eristematosus Sistemik (SLE) dengan komplikasi buah pinggang yang teruk dan karsinoma-in-situ wanita untuk menyokong perjalanan pemulihan anda
Manfaat Kemtian dan Hilang Upaya Kekal (TPD)
Manfaat kematian atau TPD, 100% daripada jumlah perlindungan asas dan jumlah nilai tunai akan di bayar.
Maanfaat Penjagaan Kesihatan
Jaga diri dan uruskan kesihatan mental anda dengan manfaat penjagaan mental yang memberikan pembayaran balik sehingga 10% daripada jumlah perlindungan asas atau RM5,000, yang mana lebih rendah, atas kos rawatan psikiatri pesakit luar untuk memberikan sokongan penjagaan mental apabila anda memerlukannya.
Manfaat Peringkat Hidup Pada Peristiwa Kehidupan Yang Berbeza
Menawarkan ganjaran dan bantuan tunai semasa peristiwa kehidupan penting berlaku, sehingga 9% daripada jumlah perlindungan asas.
Bayaran Tempoh Matang
Apabila tempoh matang, anda akan menerima jumlah nilai tunai sijil anda.
MOM CARE
Sekiranya anda berfikir untuk memulakan keluarga dalam masa terdekat dan atau menjadi ibu, Mom Care adalah manfaat tambahan atau rider pilihan yang anda tidak boleh ketinggalan.
Mom Care direka khas untuk melindungi semua ibu terhadap komplikasi kehamilan dan anak mereka daripada penyakit konginetal. Ia dilengkapi dengan manfaat penjagaan kesuburan yang memberikan bantuan untuk merealisasikan citaa-cita untuk menjadi seorang ibu.
Manfaat Penjagaan Kehamilan
Membayar 100% daripada jumlah perlindungan rider untuk semua bakal ibu terhadap komplikasi kehamilan termasuk kematian semasa kehamilan seawal minggu ke – 14 kehamilan.
Manfaat Penjagaan Kesuburan
Membayar blik sehingga 40% daripada jumlah perlindungan rider atau RM10,000, yang mana lebih rendah, untuk memberikan anda bantuan bagi rawatan kesuburan anda ketika diperlukan.
Manfaat Penjagaan Bayi
Membayar 100% daripada jumlah perlindungan rider untuk anak terhadap penyakit konginetal yang bermula sejurus selepas kelahiran.