وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ (Surah al-Ma’idah: 2)

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

 

Perbezaaan Antara Takaful dan Insuran

Perkara

Pengertian/konsep

Takaful

Saling membantu dan menjamin antara peserta takaful

Insuran

Perjanjian antara pembeli dengan syarikat. Perjanjian ini dinamakan sebagai polisi insuran.

Bayaran

Bayaran dikira sebagai sumbangan. Sumbangan peserta takaful akan dimasukkan ke dalam Tabung Tabarru’.

Bayaran atau premium terus ke syarikat insuran.

Akad

“Sesiapa diantara peserta takaful yang menghadapi musibah akan dibantu melalui tabung tabarru’ dengan niat derma’

Tanpa akad.

Pembeli insuran memindahkan risiko kepada syarikat insuran manakala syarikat akan melindungi risiko pembeli. 

Pelaburan

Tabung tabarru’ dilaburkan di dalam dana-dana takaful yang terpilih atas pilihan peserta atau melalui nasihat atau cadangan Perunding Takaful.

dana-dana takaful adalah patuh syariah dan bebas dari tiga unsur iaitu subha, riba dan judi.

keuntungan daripada pelaburan akan dimasukkan ke dalam tabung tabarru’  dan dikongsi bersama secara sama rata kepada semua peserta takaful.

Bayaran atau premium pembeli insuran akan dimanipulasi oleh syarikat insuran untuk mendapatkan keuntungan dengan melaburkanya ke dalam dana-dana  pelaburan yang menguntungkan.

Motif pelaburan adalah keuntungan tanpa mengira syariah atau non syariah.

Perlindungan

Perlindungan dibayar melalui tabung tabarru’ iaitu koleksi dari sumbangan peserta-peserta takaful yang telah melafazkan akad saling membantu dengan niat derma.

Syarikat insuran membayar perlindungan pembeli daripada hasil keuntungan pelaburan premium pembeli itu sendiri.

Penamaan/

pewarisan

Hibah takaful, wasi dan trustee(pemegang amanah)

Wasi dan trustee

İntisari…

Takaful membawa anda beramal jariah ketika hidup dan selepas kematian.

Amal jariah masa hidup adalah sumbangan setiap bulan/tahun. Manakala amal jariah selepas kematian adalah nilai hibah yang kita tinggal kepada penama-penama atau pewaris dalam plan hibah takaful. 

Konsep sedekah atau derma adalah seolah kita transfer duit ke akhirat(dalam bentuk amal jariah).

 

Contoh,

Plan Hibah Takaful

Sumbangan sebulan = rm100(derma ketika hidup)
Perlindungan = 350K(derma selepas meninggal)

 

Fokus saya ialah jika anda suka membantu atau menderma atau bersedekah TAKAFUL BOLEH MENGGANDAKAN AMAL ANDA.

Jika anda memahami ini, anda tidak lagi ada persoalan jika saya tidak claim ke mana duit saya? Dan kalau saya tak mati boleh dapat balik duit saya?

Jika anda penyimpan tegar pastikan anda memiliki plan takaful mengikut keperluan anda. Kerana simpanan biasa pasti tidak cukup dan berisiko kerana sakit, kemalangan dan kematian diluar kawalan kita.

cukup & berkat’, ‘bekalan dunia & akhirat’

 

Sila lihat Fatwa pengharaman Insuran klik di sini

Sebarang Pertanyaan, Hubungi :