Jom Sertai Kami…

Assalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera.

SIXMA Borneo mempelawa semua yang mempunyai syarat seperti di bawah untuk menyertai kami samada secara sepenuh masa atau separuh masa.

Syarat minimum :
1. Warga Negara Malaysia
2. Pemegang Sijil SPM/SPMV atu apa-apa yang setaraf denganya

Hari ini saya akan kongsikan kepada anda bagaimana saya boleh terjebak dengan kerjaya ini.

Saya sebenarnya kosong berkenaan Insuran ataupun Takaful. Mindset saya sangat traditional. Saya hanya tahu bekerja dengan bos dan berniaga secara trading dan juga paling canggihlah boleh dikatakan saya pernah terlibat dengan Multi Level Marketing(MLM) berkaitan produk kesihatan.

  Alhamdulillah selama mengikuti MLM dalam produk kesihatan saya telah memperolehi serba sedikit ilmu tentang penjagaan kesihatan yang amat berguna dan sehingga ke hari ini saya mempraktikkan ilmu itu untuk diri dan keluarga dan terkadang saya juga kongsikan kepada sesiapa yang kebetulan bertanya atau dalam apa-apa perbincangan secara tidak langsung. Namun, kejayaan sebagai kerjaya saya tiada rezeki di situ. Saya biasa-basa sahaja.

Suatu hari saya terserempak dengan seorang yang pernah saya kenal tetapi tidak rapat. Cuma terasa ada ukhuwah sebab pernah berusrah sekali dan terlibat dalam pertandingan nasyid. Dia terus menyapa dan kami berinteraksi sehinggalah masuk ke point yang sangat penting iaitu kerjaya dalam Takaful.

Turning Point  kenapa saya berminat dengan kerjaya ini ialah apabila beliau memberitahu saya bahawa,  seorang ejen Takaful sekali kerja dibayar gaji selama 6 tahun. Kenaikan gaji setiap bulan. Point ini sahaja yang saya sempat dengar dalam pertemuan ringkas kami dan akhirnya saya menjadi seorang ejen Takaful hingga ke hari ini.

Alhamdulillah sejak 2014 sehingga kini telah dapat membantu ramai orang yang memerlukan perlindungan atau manfaat Takaful. Lebih membahagiakan apabila saya berjaya mengurus tuntutan kematian client saya dan melihat reaksi keluarga yang dapat dibantu.

Dari pihak saya, Takaful adalah satu kerjaya yang mulia dunia akhhirat. Ejen dapat manfaat sebagai kerjaya, manakala client dapat manfaat sebagai client berdasarkan pelan Takaful yang dipilih. 

Jom semua… hubungi saya segera!