OUTPUT 2022 SATU BAROKAH
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
LAHAWLA WALAQUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM…
Sesungguhnya kehidupan ini hanyalah bergantung kepada kehendak Allah yang maha berkehendak.
Apa yang kita mampu hanyalah berusaha dan berdo’a. Kita tidak mampu menggapai selain dari apa yang diberikanNya.
Kadangkala pula pemberianNya itu kita gagal menilai dari sudut pandang apa yang Dia tahu tentang apa yang kita perlu sehingga kita jatuh ke lembah su uz dzon (sangkah buruk pada Allah). Innalillah…
Jom banyak-banyak istighfar, mandi taubat dan solat sunat taubat kerana kita terlalu banyak dosa kepada Allah swt.
Betulkan niat kita hanya kerana Allah semata. Elakkan buat suatu amal selain kerana Allah. Hanya Dialah tujuan kita. Pemilik dan penguasa segala yang ada dunia dan akhirat.
Segala yang kita ada sedar dan yakinlah Dia yang empunya. Tiada satupun milik kita. Lalu, kenapa perlu angkuh dan bangga memiliki sesuatu?
Itulah kita manusia seringkali alpa dan leka. Itulah insan yang bermaksud ‘lupa’. Kita perlukan sahabat. Kita perlukan jama’ah yang boleh mengingatkan kita apa yang telah kita lupa.
Alhamdulillah dengan izin Allah. Berikut OUPUT 2022 :
1. Production Takaful buat pertama kalinya ( 80,000 TPC)
2. Alza H 2022 Allah permudahkan segalanya
3. Show Iftar @ SICC Kota Kinabalu
4. Lagu Hidup Manusia masuk carta Tawaufm
5. Lagu Pesanan Muslih disiar di Radio IKIM dan TV al-hijrah
6. Show Convo Kolej Eastern @ Facific Sutera Harbour Kota Kinabalu
7. Busking lagu-lagu ketuhanan @ BTC BISTRO inanam sepanjang Ramadan
Inilah output yang bagi saya sangat special kerana saya tahu diri ini penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Tahun 2022 ini bagi saya adalah ‘Allah beri nikmat yang luar biasa kepada hambaNya yang biasa-biasa saja’
Bagi orang lain mungkin ini biasa saja. Tapi bagi saya TIDAK kerana saya kenal siapa saya.
Tq Allah, Terima kasih ya Allah….