MISI BANTUAN BANJIR

Misi Bantuan Banjir kali ini dalam dua bentuk yang berbeza iaitu Bantuan Bakul Makanan dan Bantuan Tenaga. 

Pada 25 September Team IKRAM Kota Kinabalu dengan 4 sukarewalan meyampaikan Bantuan Bakul Makanan dari FoodBank Anjung Selera kepada 50 keluarga di Kampung Rampayan. 

Manakala pada 27 September 2021 Team IKRAM Kota Kinabalu dengan 8 orang Sukarelawan dan beberapa Sukarelawan dari NGO yang lain memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga dalam satu Misi Gotong Royong Sk Sugud, Penampang.

Maklumat Tragedi Banjir di Kg Rampayan yang kami terima daripada orang kampung bahawa, ini adalah banjir yang luar biasa kerana paras air yang agak tinggi dan menyebabkan orang kampung sangat terkesan terutama dari segi bekalan makanan disamping kesukaran mereka ke tempat kerja dan sedikit kerosakan harta benda berbanding sebelum ini yang hanyalah banjir biasa-biasa sahaja dan mereka sendiri boleh atasinya.

Manakala Tragedi Banjir di Sk Sugud juga adalah  banjir yang luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Paras air yang tinggi gabungan faktor hujan lebat yang berpanjangan serta sungai besar yang mengelilingi kawasan sekolah dan kampung Sugud menyebab banjir kilat yang besar telah berlaku tanpa diduga.

Berdasarkan penjelasan dari Pegawai Tadbir sekolah tersebut menyatakan bahawa, terdapat dua buah rumah dan dua biji kereta orang kampung sekitar sekolah yang hanyut di bawa arus air yang deras. 

Di sekolah pula banyak harta benda sekolah musnah termasuk fail-fail yang penting tidak dapat diselamatkan sehingga membantutkan kerja-kerja pentadbiran sekolah.

“Bangunan pra sekolah pula seolah diblender isinya sehinggakan tiada satupun yang tinggal kecuali bangunan yang kosong berlumpur sedalam paras lutut dan banyak berlaku kerosakan pada setiap sisi sudut bangunan pra sekolah tersebut.” Tambah Pegawai Tadbir.

Hal yang sama diceritakan kepada kami oleh tenaga pengajar pra sekolah yang dikenali sebagai Carol. “Nak sedih, nak nangis sayapun keliru situasi saya ketika itu. Apabila bantuan pertama datang dari NGO Amal lebih kurang katanya tidak pasti nama sebenar, mereka rasa gembira seketika dan boleh melakukan kerja-kerja pembersihan yang sepatutnya berbanding buat sendiri-sendiri sebelum ini sejak 17 september 2021”.

Menurut Pegawai Tadbir lagi, banjir berlaku sejak 15 September. Manakala aktiviti pembersihan bermula pada 17 september 2021. Ini menunjukkan bukan team kami yang pertama datang memberi bantuan tetapi dari pelbagai pihak telah datang tanpa dipinta. “Syukurlah juga, jika tidak kamipun tidak tahu mau buat apa” katanya lagi.

Alhamdulillah saya berkata didalam hati  kemalangan jiwa tidak berlaku setelah saya pastikan daripada Pegawai Tadbir dan Carol.

Semoga ia menjadi satu pengajaran dan sekolah perlu merancang lebih baik agar hal yang sama tidak akan berulang dengan mengambil langkah-langkah keselamatan seperti berjaga-jaga apabila hujan lebat dan perlu kepada perancangan pemindahan sekolah ke lokasi berdekatan yang lebih selamat. 

Saya dan team menyampaikan bakul makanan kepada 50 keluarga yang terkesan akibat banjir
Mohd Irfan merangkap ketua IKRAM MUDA Sabah (memakai vase) mengetuai misi kami di kg rampayan menggatal sabah.
Tersenyum di sebalik kesedihan. Allahu akbar!

Antara rumah orang Kampung Rampayan yang kami sempat ziarah. Beliau menyatakan setiap kali banjir berlaku memang banyak harta benda yang rosak dan hilang. Ruang pintu telah ditambah sebagai ikhtiar agar air tidak masuk. Tetapi kali ini air masuk dari tingkap di bahagian dapur.  “Sungguh tidak dijangka” katanya.

Alhamdulillah sempat menyapa makcik ni agar bersabar dan Allah sayang makcik dan Allah pasti ganti yang lebih baik. Dalam keadaan sebak makcik tu mengucapkan “aamiin”.

Team IKRAM KK bersama NGO lain dalam Misi Gotong Royong Sk Sugud, Penampang, Sabah
Aktiviti pembersihan sedang dilakukan bahagian hadapan bangunan pentadbiran sekolah
Aktiviti pembersihan sedang dilakukan bahagian dalaman bangunan pentadbiran sekolah
Aktiviti pembersihan sedang dilakukan bahagian belakang bangunan pentadbiran sekolah
Antara sukarelawan dari pelbagai NGO
Istirehat setelah selesai kerja-kerja pembersihan

Hadis Riwayat At-Thabrani : “Nabi S.A.W bersabda. Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain”.