APAKAH HARUS ANDA LAKUKAN?
Artikel ini sedikit memberi panduan apa yang harus semua orang perlu lakukan agar tidak berlaku harta BEKU dan menjamin KELANGSUNGAN hidup isteri dan anak-anak tersayang serta usaha selama ini tidak berkubur begitu sahaja apabila berlaku kematian kepada ketua keluarga.
Apakah yang dimaksudkan dengan “semua orang” ?
Untuk itu, anda perlu kenal pasti siapakah anda dan adakah anda termasuk orang yang dimaksudkan. Hal ini demikian kerana ramai juga orang berkata tidak perlulah sebab tiada juga harta yang akan beku, tidak beku sebab sudah buat wasiat, tidak perlu sebab saya akan urus awal (beri masa hidup) dan sebagainya. Oklah tu, apapun anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan.
Sebelum masuk langkah pertama, mari kita kenalpasti kita dalam kategori apa?
- Tidak bekerja, menumpang, tiada tanah dan simpanan serta ditanggung.
- Bekerja, sewa rumah, tiada tanah dan simpanan tapi ada tanggungan (isteri dan anak-anak)
- Bekerja, rumah sendiri, ada tanah dan simpanan serta menanggung isteri dan anak-anak
Jika anda di kategori 1
Tidak perlu apa-apa urusan berkaitan harta dan takaful.
Jika anda di kategori 2
Perlu berfikir bagaimana agar gaji dapat diteruskan walau anda kehilangan pekerjaan akibat meninggal atau cacat kekal. Kelangsungan hidup isteri dan anak-anak.
Jika anda di kategori 3
Anda mesti lakukan langkah berikut :
Langkah 1
Urus aset(rumah, tanah dan simpanan) di bahagian pengurusan harta pusaka. Pilihlah penulisan “dokumen hibah” agar lebih menenangkan fikiran anda. Mengapa demikian, anda akan tahu sendiri apa sebabnya kerana pegawai di sana akan menjelaskan satu per satu.
Langkah 2
Anda mesti ada Plan Takaful sebagai backup. Memandangkan dokumen hibah tidak terdapat enakmen undang-undang maka, kemungkinan untuk dipertikai boleh berlaku dan akan menyebabkan proses pembahagian harta menjadi lambat. Untuk itu, anda perlu ada Hibah Takaful kerana ianya mempunyai enakmen undang-undang dan tidak boleh dipertikai. Oleh itu, waris anda akan mempunyai wang segera sementara mencairkan harta pusaka yang ada.
Justeru, anda jangan ambil langkah pintas untuk membuat langkah dua sahaja, kerana langkah dua hanyalah sebabagai persediaan sekiranya berlaku perkara diluar jangka. Jika urusan mudah alhamdulillah, tidak rugi untuk ambil langkah dua dan anggaplah ia sebagai bonus!
Tidak rugi anda bertakaful kerana boleh menenangkan fikiran anda dan ingatlah MATI ITU SENTIASA DI HADAPAN KITA. Jangan menyangkah kita akan hidup lama dan merasa masih awal lagi untuk betindak.
Semuanya bukan SOAL MATI. Tapi, ia adalah SOAL KELANGSUNGAN HIDUP ORANG TERSAYANG DAN AGAR USAHA KITA MENGUMPUL HARTA SELAMA INI TIDAK AKAN BERKUBUR BEGITU SAHAJA.
Alangkah bahagianya sekiranya apa yang kita tinggalkan menjadi manfaat kepada keluarga kita dan orang lain melalui amal jariah kita. Aamiin yaa rabbal ‘aalamiin.