Sahrol Bin Suhod

Sahrol Suhod | Sahrol Muslih

Assalamualaikum dan salam ukhuwah dan salam sejahtera.

Nama sebenar Sahrol Bin Suhod.  Nama dalam dakwah hiburan Sahrol Muslih. Saya berasal dari Pulau Banggi Kudat Sabah. Sudah berkahwin, dikurniai 6 orang cahaya mata. Merupakan anak ke 6 dari sebelas orang adik beradik dan kini menetap di Taman Bukit Setia, Sepanggar.

Pendidikan awal di Sk Bangau Sikuati Kudat(darjah 1-5) dan Sk Gentisan, Sepanggar Kota Kinabalu, Sabah(darjah 6). Guru yang paling saya sayang ialah Cikgu Iskar dan Cikgu Yahya semoga Allah memberkati mereka. Setelah itu, sekitar tahun 1994 saya kembali ke Karakit untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1-5 di SMK Banggi dan menamatkan persekolahan pada tahun 1997 sebagai lepasan SPM.

Pada tahun 1998 saya mendapat tawaran ke Kolej Ibukota Kinabalu dalam jurusan Pra Diploma Sains Komputer sehingga tahun 2001 sebagai graduan Diploma Sains Komputer.

Pekerjaan pertama sebagai Juruteknik komputer – 2001-2003.
Pekerjaan kedua sebagai marketing eksekutif – 2003.
Pekerjaan ketiga sebagai pereka grafik – 2004-2005
Pekerjaan keempat sebagai guru KAFA dan pekerjaan kelimanya sebagai Pembantu makmal komputer UMS.

Kerjaya terkini adalah sebagai Perunding Takaful sejak 2014 sehingga kini alhamdulillah.

Manakala, kegiatan nasyid pula adalah sejak 1998-2000 bergiat aktif di Kolej Ibukota sebagai hobi dan 2007 saya telah menubuhkan kumpulan nasyid MUSLIH sebagai dakwah. Kini bergerak SOLO sejak tahun 2020 sehingga kini. 

Selama penglibatan dalam nasyid sebagai dakwah, saya telah menerbitkan 8 buah single(2 single berkumpulan) sejak 2016 hingga 2021 dan sebuah album kompilasi berjudul SEDEKAD pada tahun 2020 telah diterbitkan.

Takaful merupakan kerjaya hakiki  manakala nasyid adalah sebagai method dakwah hingga akhir hayat. Aamiin ya Allah.

Laman web ini dibangunkan untuk memudahkan saya mengkongsikan kepada orang ramai berkenaan Takaful sebagai kerjaya dan Nasyid sebagai dakwah. Web ini akan dipenuhi dengan maklumat berkenaan Takaful dan Nasyid juga aktivi yang bermanfaat seperti kesukarelawan dan penglibatan saya dalam NGO.

Kesimpulannya, apa sahaja maklumat bermanfaat akan saya muatkan dalam web ini samada berbentuk perkhidmatan, hiburan mendidik jiwa dan ilmu serta petua yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Insya Allah.

Ikuti saya   :