Kad Perubatan

Fungsi kad perubatan adalah untuk membayar bil  hospital apabila orang yang dilindungi  dimasukkan ke hospital.

Panel Sabah:
GlenEagles
JMC
KPJ
Damai Specialist

Klik pautan selanjutnya :
1. Hospital Panel PruBsn seluruh Malaysia
2. Kos Rawatan di Malaysia

Kad Perubatan kebiasaanya Ejen Takaful menyebut sebagai akaun 3 dalam 1 (kad perubatan, hibah dan simpanan). Istilah ini mungkin akan tepat sekiranya nilai hibah mengikut keperluan dan simpanan itu didatangkan dalam takaful saver. Jika tidak, maka istilah itu hanyalah sekadar istilah atau sebagai kaedah pemasaran.

Sehubungan itu, anda jangan beranggapan bahawa apabila anda memohon kad perubatan anda telah memiliki 3 akaun tersebut tanpa anda mengetahui berapakah nilai hibah dan simpanan. Bagaimana caranya anda memastikan nilai hibah dan simpanan? Anda perlu dapatkan salinan quotation atau tanya secara direct nilai hibah dan nilai yang dimasukkan ke dalam takaful saver.

Jika pemohon berumur seawal 1 tahun atau 17 tahun dan ke bawah, Pelan Kad Perubatan adalah kad perubatan dengan simpanan pendidikan. Manakala, pemohon 18 tahun dan ke atas pula itu adalah sekadar kad perubatan.

Apakah beza Kad Perubatan Simpanan Pendidikan dan Kad Perubatan bukan pendidikan?

Agak ramai juga pelanggan dan prospek yang tidak memahami hal ini dan apabila saya terangkan mereka terkejut. Secara spontan berkata “ya ka?”. Sudah lama apply baru tahu masa tu apa tidaknya.

Kad perubatan simpanan pendidikan mempunyai ciri berikut :

  1. Kad perubatan
  2. Simpanan Pendidikan boleh withdraw apabila umur anak 18 tahun dan ke atas.
  3. Terdapat anugerah Pendidikan

  • Layak untuk umur kemasukan 1-18 tahun
  • Tempoh menunggu : 36 bulan
  • Untuk membuat tuntutan, sumbangan mesti lengkap(tiada tunggakan)
  • Serahkan satu salinan sijil peperiksaan asal yang disahkan benar (oleh sekolah/institusi) dalam masa 6 bulan dari tarikh keputusan peperiksaan

 

Manakala, kenapa pula kad perubatan bukan pendidikan tidak dikira sebagai simpanan?

Inflasi kos perubatan di malaysia adalah 12% setahun. Oleh itu, kenaikan harga kepada kad perubatan adalah diluar jangka. Justeru, kad perubatan bukan pendidikan tidak dikira sebagai simpanan(cash value) kerana cash value yang ada digunakan untuk mengawal perubahan pada sumbangan bulanan apabila harga perubatan meningkat.

Selama pengalaman lebih kurang 7 tahun sebagai ejen, saya mendapati pelanggan saya yang membuat pengeluaran kepada kad perubatan bukan pendidikan, selang beberapa bulan harga sumbangan kad perubatan mereka telah meningkat. Hal ini membuktikan itu bukanlah simpanan tetapi sebagai cover slack kepada inflasi perubatan agar sumbangan tidak berubah secara mendadak.

Kenapa perlu ada hibah dalam kad perubatan sedangkan sudah ada hibah dalam pelan hibah takaful?

Saya berikan anda satu perumpamaan dalam merungkai persoalan ini. 

Sebungkus nasi lemak adalah terdiri daripada nasi berlemak, sambal, bilis goreng, kacang goreng, telur rebus dan timun. Jika salah satu bahan tersebut tiada maka itu bukan nasi lemak. Demikian pelan kad perubatan, jika hibah yang minimum tiada, maka pelan kad perubatan tidak wujud. Sebab ini adalah syarat wajib untuk pelan kad perubatan diwujudkan.  

Perlu difahami!

Dana Perubatan dalam kad perubatan adalah tidak boleh diwariskan. Ianya khas untuk kegunaan peribadi orang yang dilindungi bagi tujuan melangsaikan kos-kos yang melibatkan kemasukan ke hospital.

Berikut info grafik pelan Prubsn AnugerahPlus merupakan Kad Perubatan tanpa had(unlimited)

KAD PERUBATAN TANPA HAD

Sebarang Pertanyaan, Hubungi :