FOOD BANK (BANK MAKANAN)
Food Bank atau bank makanan adalah sejumlah makanan keperluan yang diwujudkan di atas sumbangan orang ramai yang dikelolah oleh pelbagai NGO yang bergabung sebagai Gabungan NGO KK. Pek makanan keperluan(bahan mentah) ini diberi secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang memerlukan setelah melalui satu proses pndaftaran atau permohonan.
Satu sistem telah diwujudkan untuk memudahkan pengurusan dalam menyampaikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan iaitu www.bantuaid.com.
Langkah mudah untuk memohon bantuan melalui food bank adalah hanya klik pautan website di atas dan ikuti langkah-langkah dalam website tersebut.
Alhamdulillah hari ini pada 21 Ogos 2021 saya telah terpilih mewakili IKRAM sebagai petugas sukarelawan bersama NGO yang lain untuk menyampaikan 100 pek makanan melalui FOOD BANK kepada pemohon yang berjaya memohon melalui website bantuaid.com.
Pengalaman hari ini yang agak menyentuh. Berikut gambar suami isteri yang memohon tetapi tersilap ketika isi borang dalam website. Permohonan di bandaran tetapi silapnya mereka datang ke likas. Apabila sampai di likas, petugas meminta mereka ke bandaran kota kinabalu.
Setibanya di Food Bank bandaran mereka diminta ke likas pula kerana bekalan pek makanan sudah habis. Akhirnya mereka tidak dapat bantuan pek makanan.
Apa yang menyedihkan, isterinya menahan malu memberitahu bahawa beras mereka sudah habis dan amat memerlukan.
Mendengar luahan itu, saya kuatkan semangat untuk ikhtiar bertanya kepada sukarelawan yang lain kalau-kalau ada lebihan. Dalam hati saya, “saya cuba dulu. Kalau tidak terpksa juga saya bantu sendiri ni!”.
Alhamdulillah dengan tekad yaang kuat akhirnya masalah dapat diselesaikan dan mereka gembira dapat bantuan yang dihajati.