Faktor Tuntutan Ditolak

Tidak asing lagi isu ‘tidak boleh claim, claim lambat, terlalu prosedur, masa nak bayar ok ja bila masa nak claim macam-macam nak’ dan banyak lagi yang sering kita dengar sehinggakan viral sana-sini.

Justeru, timbullah pelbagai gelaran, kecaman dan fitnah seperti insuran penipu, ‘rugi ja bayar tapi tak boleh claim’ dan sebagainya.

Sejauh manakah kebenaran isu tersebut. Sehingga kini kita melihat Takaful dan Insuran berkembang pesat dan semakin maju. Malah pelbagai produk atau pelan-pelan takaful dilancarkan demi membantu dan memberi jalan keluar kepada pelbagai masalah besar seperti harta beku, waris terabai, hutang lapuk diwarisi keluarga yang tinggal, kos perubatan, pendidikan dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa, Takaful dan Insuran dikambing hitamkan kerana faktor yang tidak dapat dikenal pasti.

Alhamdulillah, hari ini dengan izin Allah saya akan bentangkan faktor-faktor kenapa tuntutan ditolak.

  1. Pemohon
  2. Ejen Takaful atau Insuran

Tahukah anda apabila anda memohon satu pelan takaful berikut ini wajib diistiharkan :
1. Pekerjaan (Tugas hakiki)
2. Status merokok 
3. Sejarah kesihatan sebelum  dan
    terkini.

SITUASI 1
(Masalah Ejen)

Pemohon telah berbuat apa yang sepatutnya tetapi sebaliknya ejen tidak mengistiharkan dalam borang. 

SITUASI 2
(Masalah Pemohon)

Pemohon tidak mendedahkan dan tidak menjawab soalan ejen dengan tepat.

Maka, polisi lulus.

Hal ini akan terbongkar dan diselidik apabila anda membuat tuntutan dan inilah sebabnya tuntutan anda ditolak.

Penyelesaian :

Ejen dan pemohon perlu bertindak professional dengan menyemak semua maklumat yang telah dihantar atau pemohon meminta salinan proposal daripada ejen.

Dua situasi inilah faktor besar kenapa tuntutan ditolak. Faktor selebihnya adalah:

  1. Pemohon tidak faham tempoh menunggu, fungsi atau manfaat yang dipohon dan juga jika terdapat sakit sedia ada yang dikecualikan
  2. Mungkin juga secara kebetulan dan sering berlaku ketika membuat tuntutan polisi tidak aktif sebab tidak dibayar oleh pemilik polisi atau ejen atau masalah sistem bank. Sebab itu hubungan ejen dengan pelanggan perlu rapat.
  3. Borang tidak lengkap diebabkan pihak ketiga lambat beri dokumen yang diperlukan atau ejen sambil lewa atau pelanggan tidak memberi kerjasama.

Kesimpulan.

Takaful dan insuran adalah syarikat yang tertakluk di bawah akta undang-undang dan di bawah pantauan bank negara.

Anda sebagai ejen perlu sentiasa update polisi pelanggan dan sentiasa maklumkan pelanggan sekiranya terdapat masalah yang perlu diselesaikan.

Pelanggan hormati ejen anda dengan memberi kerjasama terutama apabila saat perlu.