JOM DENGAR sekarang

Alhamdulillah bersyukur tak terhingga kerana dengan izin Allah saya dapat mengcover lagu Atuna Tufuli dengan kadar yang agak sederhana dan biasa-biasa sahaja bagi anda yang bergelar pro. Namun, bagi saya ia satu luar biasa kerana tidak pernah saya terfikir untuk cover lagu sebelumni dan bagi saya sangat susah.

TURNING POINT
antara sebab saya cover laguni ialah kerana saya tertarik dengan maksud lirik dalam bahasa english. Saya tersentuh dan jiwa saya seolah bangkit untuk ambil tahu  isu kanak-kanak palestin yang telah dirampas kebebasan keceriaan masa kecil mereka.

Lantaran itu, saya berusaha untuk menguasai lagu ini dengan menghafal, membetulkan sebutan dan menyanyikannya dengan penuh perasaan. Sehingga saya telah berjaya mempersembahkan beberapa kali dalam majlis perkahwinan. Alhamdulillah.

Setelah itu, saya terfikir untuk cover lagu ni dan inilah hasilnya alhamdulillah.

CABARAN
Proses untuk menguasai laguni agak mencabar juga sebenarnya. 

Banyak sudut yang saya risaukan iaitu sebutan dan loghat arab palestin dan english yang sememangnya kelemahan saya.

Memandangkan minat dan semangat yang mendalam saya teruskan usaha disamping dibantu oleh anak-anak dan juga isteri. 

Alhamdulillah berjaya akhirnya.

PERKARA LUCU
keluar sebutan “ayam” dan rasa lidah berbelit-belit.

niat saya yang utama  adalah agar orang yang bakal mendengar lagu ini akan mendapat rasa seperti yang saya telah rasa.

Moga Palestin akan bebas merdeka! Aamiin.